top of page
Search
Writer's picturerabiatuladawiyah233

TANPA TAJUK oleh Izzah Dejavu.

Burung gagak telah sunyi dari berbual tanpa henti di malam hari. Saya baru menyedari penyakit tidak boleh tidur malam kembali menyerang. Ternyata ada hal yang kusut di minda saya. Ketika itu saya mengenang gurauan guru saya, Dr Azhar.


‘Itu bagus. Saya senang kalau orang pulang biar tidak dapat tidur malam dia berfikir.’

Gawat saya fikir kalau setiap malam tidak tidur!


Saya senyum pada langit sambil menghabisi satu dari 8 buku yang saya pinjam malam tadi. Ia kompilasi cerpen terbaik tempo, Setan Becak, Ayoveva hingga Chicago May. 15 orang penulisnya meski yang cuma saya kenali lewat tulisan itu cuma dua orang; M. Aan Mansyur dan Seno Gumira Ajidarma. Sebelum ini saya cuba menghabiskan Novel Amba, dari penulisnya Laksmi Pamuntjak hasil pemberian Prof Wan Manan. Secara amnya, meskipun saya seorang yang setia, sebenarnya saya adalah pembaca yang selalu curang. Makan masa dan suka melompat. (Awas, bukan seperti Azmin Ali, WAF dan politik negara kita ya!)


Ketika saya menulis ini, saya telah memasuki buku kedua, Dilarang Mencintai Bunga-Bunga tulisan Kuntowijoyo. Setelah ratusan kali mendengar nama Kuntowijoyo, ini baru pertama kali saya membaca tulisannya versi buku asli bukan PDF-lah--kerana saya juga meski anda lihat dipengaruhi orang bandar sebenarnya amat old-fashioned. Hasil pinjam juga dari jiran kami yang baik hati dan tak lokek berkongsi. Banyak hal-hal baru yang saya pelajari dari beliau.


Perbualan dengan beliau selalu buat saya merasakan, kalau saya tidak dapat mati muda, biarlah saya hidup lama bersama tulisan-tulisan yang cerdas dan menumbuhkan jiwa.

Kelmarin, seorang teman yang kenali bertanya,

‘Cita-cita saya yang terbesar itu apa?’

Saya jawab,

‘Menjadi manusia aja-lah’

Saya serius ketika saya mengatakan itu. Tapi dia tidak puas hati.

‘Takkan kau tak punya cita-cita besar seperti orang lain?’ desaknya.

Saya diam. Kembali berfikir. Whatsapp saya biar tak berbalas lama. (bukan kerana saya ingin buat dia menunggu dan flirting!)


‘Ah, kalau ada satu! Jadi penulis!’ mata saya terbuka luas saat menekan punat segitiga tanda ‘sent’ di telefon biru pemberian abang saya setahun dua lepas kerana ketika itu telefon saya rosak. Tak punya wang dan berminggu saya survive ke sana ke sini ke sana ke sini ke sana ke sini (maaf, saya terikut rentak Muhyiddin, Pengkhianat Negara). Jangan khuatir, saya tidak merusuh, tidak juga menganut ideologi yang kalian selalu takut tanpa memahami. Ajaran yang saya percayai itu cuma cinta dan kemanusiaan.


Tapi cita-cita saya ini aneh. Saya fikir saya penuh dengan kontradiksi dan saya masih belajar melaluinya sepenuh darah juang saya. Di dunia yang pada kaca mata saya sudah jatuh ‘Shallow’, saya tidak mahu jadi penulis yang hanya dianggap penulis kerana ada buku-buku terbitan. Saya tidak mahu menulis, apa yang tidak saya rasa. Kerana ada sahaja hal pelik dari diri saya sendiri, saya menjadi penulis dengan cara dan pemikiran saya sendiri. (Umi saya juga hairan pada saya, katanya, sudah bertahun menulis-menulis, tapi bukunya tak pernah ada!). Saya selalu membingungkan beliau juga!

Tapi saya tahu, umi saya itu ‘concern’ aja. Sebenarnya, beliau amat percaya sama saya 100%. Dan kerana beliau itu utuh pendirian dan prinsipnya, maka dalam kontradiksi dunia, sayalah sambungan perlawanan yang beliau juangkan.


Terakhir, saya cuma ingin kongsikan Pelajaran Menulis dari Arundhati Roy. Saya tidak ada penulis yang saya sangat favorit. Dari setiap penulis, saya belajar mencari sisi saya yang lain. Saya 'compile'kan ini kerana mahu berterima kasih sudi membaca tulisan lapangan saya ini. Barangkali, dengan menulis sedikit seperti ini, saya bisa tidur malam ini!



10 views0 comments

Recent Posts

See All

תגובות


bottom of page