top of page
Search

PEJUANG PANJI KEADILAN

  • Writer: Admin Baik Hati
    Admin Baik Hati
  • Jul 29, 2019
  • 1 min read

Oleh Syazwani M.



Ada ramai golongan penuntut keadilan

Menggelar diri pejuang Islam

Juga si politikus berjwa rakyat

Melaungkan retoriknya penuh semangat


Pengikutnya ramai segenap alam

Dari golongan kebanyakan hingga atasan

Janji manis penuh bertebaran

Untuk meraih undi dan sokongan


Namun sayang seribu sayang

Janji kini tinggallah janji

Bagai madu sepah dibuang

Rakyat dilupakan, demokrasi sambil onani


Ramai mati dalam tahanan

Nyawa dirobek jatuh bangunan

10 tahun tiada kesudahan

Dimana pembebasan dimana keadilan


Universiti bukan lagi tempat ilmuwan

Dibuka untuk mengaut keuntungan

Yuran dinaikkan

Mahasiswa menjadi mangsa kerakusan


Turunkan yuran, hapuskan yuran

Laung mahasiswa, agen perubahan

Protes dibuat, perjumpaan diadakan

Kerja kesedaran berbulan-bulan


Nah datang si pejuang keadilan

Entah siang entah malam

Datang kumpulan memekik melalang

Bukan mahasiswa tidak tahu siapa dalang

Parti politik dibelakang


Nama melayu nama Islam

Habis diangkat keliling padang

Jadi hairan hadirin memandang

Rupanya memang oportunis lalang


Siong, Saleem, Henry dan Aisyah

Agen pencerah turun kebawahan

Tulus memperkasa siang dan malam

Tapi itulah ada yang datang tidak memberi salam



P/S:

Lho, katanya mahu perubahan, tapi kok sorang-sorang.

 
 
 

Commentaires


Hak Cipta Terpelihara Jurnal Sang Pemula © 2019 

bottom of page