top of page
Search
Writer's pictureAdmin Baik Hati

MENEBAR JARINGAN CINTA RENTAS PERBEZAAN

Oleh: Andi Suraidah 


Saya ingin membuat coretan hati yang kecewa dan jelak dengan maraknya naratif kebencian yang meluap-luap akhir-akhir ini. Meniti usia Malaysia yang menginjak usia 56 tahun, sebagai sebuah negara bermasyarakat, kita jauh berundur ke belakang. Apa cita-cita besar daripada terbinanya sebuah negara? Kita semestinya ingin mendukung cita-cita murni yang berniat untuk merangkul perbezaan yang terkandung di dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini. Walaupun saya masih mengharapkan cita-cita mencapai perpaduan yang lebih erat dimana kita semua sebagai anak Malaysia boleh mengecap keadilan, kedamaian dan kesejahteraan, malang sekali kita malah hidup dalam syak wasangka dan prasangka.


Tun Abdul Razak memberi jaminan cita-cita Malaysia apabila semua rakyat mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara;


Amalan Rukun Negara keseluruhan memberikan kita jaminan mengekalkan tradisi-tradisi kebudayaan yang berbagai-bagai corak di mana anggota-anggotanya bebas untuk mengamalkan tradisi agama dan adat resam masing-masing. Tujuan kita pada kahirnya ialah membina satu masyarakat progresif dan yang bergerak maju selaras dengan kemajuan sains dan teknologi”.


Persoalannya, bagaimana menolak naratif kebencian ini daripada terus-terusan berleluasa?

Prinsip-prinsip Islam mengajarkan kemanusiaan, kedamaian, dan kemaslahatan. Kita tidak mungkin boleh menerima bahawa Islam menuntut umatnya melakukan kenistaan terhadap mereka yang berbeza. Lihat saja al-Hujurat ayat 13. Jelas ia menyatakan tidak ada yang lebih tinggi dan lebih utama kerana semua manusia dan ciptaan Tuhan adalah setara. Saya kutip kata-kata K.H. Husein Muhammad,


Di sinilah kita dapat menyatakan bahawa seluruh umat manusia tanpa melihat latar-belakang identitas keyakinan agamanya, suku, kebangsaan, jenis kelamin, dan identitas kultural yang lain, dituntut untuk saling menghargai dan menjamin hak-hak eksistensialnya sebagai makhluk Tuhan. Syariat atau aturan-aturan kehidupan bersama dengan begitu harus diarahkan bagi pewujudan sebuah tatanan kehidupan yang saling menghargai dan menghormati eksistensinya masing-masing”.


Namun malang sekali kalau ini berhenti setakat pada teks dan tidak di masukkan ke masyarakat dan dibumikan.


Semenjak kita bersama sebagai sebuah negara Malaysia, itu merupakan sebuah janji sesama kita berkeinginan untuk hidup dalam satu sistem yang melayani setiap warganegara dengan sama rata. Saya ingin melontarkan kembali kepada pembaca, sebagai salah satu penduduk negara ini, apa usaha kita untuk memastikan kita tidak terus berpecah belah? Pada cinta lah akan kita temui jawapannya.

26 views0 comments

Recent Posts

See All

Kommentare


bottom of page