top of page
Search
  • Writer's picturerabiatuladawiyah233

DIA-YANG-HARAM-DISEBUT BERSEMAYAM DI BUMI MUQADDAS Oleh: Ruby Mas

Dua hari lalu apabila saya membaca berita di Al-Jazeera yang anak-anak Jamal Khashoggi memaafkan sesiapa yang membunuh kejam bapa mereka. Saya marah bercampur sedih melihat betapa tak berdaya anak-anak Khashoggi bahkan satu dunia untuk menentang “Dia-Yang-Haram-Disebut” dek kerana kedudukannya ketika ini. Dengan tahta yang diduduki, dia terlepas dari perbicaraan. Dengan pengaruh yang dimiliki, dia terlepas hukuman. Dengan harta yang diwarisi, dunia seakan dalam gengaman telapak tangannya.


“Dia-Yang-Haram-Disebut” menyalahi undang-undang yang menyatakan bahawa“Qatl al-Ghilah” (mengumpan seseorang ke satu tempat untuk membunuhnya) adalah jenayah yang tak boleh diampunkan dan ianya tertakluk di bawah undang-undang hudud dan bukan qisas. Maknanya pelaku jenayah tersebut hanya Allah sahaja yang boleh mengampunkannya. Pelaksanaan hukum dan pengampunan bukan terletak pada mangsa dan waris mangsa seperti dalam qisas. Maknanya, sebenarnya sekalipun anak Khashoggi mengampunkan pembunuh bapa mereka, siasatan serta perbicaraan seteruskan hukuman wajib dilaksanakan.


“Dia-Yang-Haram-Disebut” telah mengorbankan ribuan orang di Yaman yang sudah berlarutan selama 5 tahun. Sepatutnya sebagai jiran, dia harus menghulurkan kerjasama dan bantuan bukan kehancuran dan peperangan. Dunia Islam seakan memejam mata kerana kebetulan dia mendiami tanah yang sama dengan Nabi Muhammad SAW. Malaysia juga tidak terkecuali malah pernah menempatkan tenteranya Riyadh yang terbabit secara langsung dengan perang tersebut.


“Dia-Yang-Haram-Disebut” bakal menduduki tahta bapanya. Maka, saya tak nampak sikapnya akan berubah malah boleh sahaja menjadi lebih teruk lagi. Makin berkuasa makin korup. Sebelah tangannya berbuat kemungkaran dan kezaliman manakala sebelah tangan lagi akan terus berbuat kebaikan bagi mengaburi si penganut Islam pada simbol.


Sementara itu di Malaysia, sepanjang Ramadan berlegar tanda palang berterima kasih pada hamba Allah dari Bumi Mukaddas hanya untuk mendapatkan senaskhah Al-Quran. Malahan saya juga tidak berkenan dengan puji-pujian melambung disertakan lambakan wajah hamba Allah tersebut di media sosial.


Inikah yang kita cuba didik kepada masyarakat? Sepatutnya sebuah pertubuhan yang menisbahkan diri dengan ilmu tidak seharusnya terperangkap dengan budaya populis. Tetapi apa yang kita harapkan dari mereka. Adalah sesuatu yang mustahil untuk menyatakan pendirian yang berselisih dengan penabur budi mereka.


Nah, atas nama kemanusiaan, rancaklah bersuara jika Dia-Yang-Haram-Disebut mengebom rakyat banyak sesuka hati. Atas nama keadilan, berpihaklah pada orang yang ditindas dan dizalimi. Atas nama kebaikan, bersolidaritilah pada kebenaran bukan menyanjung pelaku kemungkaran.


Salam Syawal dan sedarlah manusia!

20 views
bottom of page