top of page
Search
  • Writer's picturerabiatuladawiyah233

CERPEN: ABAH ROGOL AKU DEMI AISKRIM 50 SEN!

(Amaran Pencetus: Cerpen ini mengandungi unsur-unsur keganasan seksual)

Oleh: Azura Nasron


Sebetulnya aku tidak mahu beri tahu pada orang bahawa aku telah dirogol. Masakan tidak, orang yang dirogol sering kali dipersalahkan. Dipersolkan bagaimana pakainnya, mengapa tidak pakai tudung atau dimana berlaku mengapa seorang diri dan tidak berteman. Aku fikir, begitulah juga orang miskin, bila diberitahu mereka dalam keadaan susah, sering kali yang dipersoalkan mengapa tidak berusaha dan mengapa malas.


Maka akhirnya orang yang dirogol atau orang miskin sama-sama terus mendiamkan diri tidak mahu berdepan dengan mentaliti masyrakat membawang apatah lagi masalah birokrasi yang bangsat. Tapi kali ini lebih dasyat. Aku dirogol di dalam rumah sendiri. Di waktu siang malah. Disaat semua orang sedar dan bukan tidur lena. Tapi masih juga aku dirogol.

Kadang aku fikir, kenapa aku dirogol? Apa salah aku? Aku cuma anak kecil yang tidak mengerti tentang dunia. Jangan katakan nafsu, perbuatan seksual sendiri aku tidak memahami. Aku fikir ia cuma gurauan senda dan manja-manja. Iyelah, bukan aku seorang dirogol. Semua di dalam rumah juga dirogol. Kakak dirogol pada waktu tengahari, adik pada waktu malam, tengah malam giliran ibu, akhir sekali giliran abang. Sedari kecil kami diajar untuk diam semasa dirogol. Kata mak, atuk juga merogolnya. Atuklah yang mengajar Pak Jib, Pak Eng, Abah dan lain-lain merogol.


Setiap hari Abah keluar bersiap segak dengan kot mahal, bertali leher dan seluar slack sambil sikat rambutnya yang putih untuk ke pejabat. Malah aku sering lihat gambar Abah di kacamata television. Pernah sekali aku lihat Abah bacakan doa untuk orang ramai. Tapi dirumah sekali pun tidak pernah ia mendoakan kami. Di rumah kerjanya cuma merogol dan merogol. Pada waktu ini aku sudah pelik dengan sikap Abah. Aku fikir ini tidak adil! Abah sepatutnya rogol semua orang di depan kaca mata! Barulah semua orang gembira!


Dipendekan cerita, suatu hari ada berita tentang penangkapan yang dilakukan oleh Pak Ngah. Katanya orang yang ditangkap itu bising-bising suruh Abah berhenti merogol. Kesian Abah, kalau berhenti merogol dimana ia mahu pancut air maninya.


Tidak lama lepastu Pak Long Mail pula datang rumah. Katanya pada Abah, 'jangan risau, kau teruskan saja merogol, nanti kalau ada orang marah, aku keluarkan lah isu orang miskin, orang rohingya ke, alaa orang ni suka membawang je. Kau jangan risau, yang penting simpankan bahagian aku, aku nak melepas juga!'


Kali ni aku sudah pelik. Jarang sekali kedua-dua pakcik ni datang ke rumah. Sejak-sejak Abah keluar bersegak-segak ni baru nak didatangnya ke rumah. Dulu masa Abah sakit semuanya pergi pada Atuk. Sekarang ni Abah pula.


Tapi aku pun kecil lagi. Apalah nak dipelikkan sangat. Lagipun Paksu dah ingatkan, rogol ni penting, supaya Paksu dapat bagi duit aiskrim dekat aku. Kalau tak dirogol tak dapatlah aiskrim. Hehe. Aiskrim 50sen depan rumah ni memang sedap.


Kadang-kadang kalau mood Abah baik dia belikanlah aiskrim Magnum. Sambil rogol, sambil jilat aiskrim di mulut. Kadang-kadang juga sambil makin aiskrim magnum aku boleh tertidur. Tak sedar pun Abah tengah rogol. Yelah aiskrim tu sejuk, manis, ahhh sedap sangat! Hilang rasa dahaga dan perit di leher. Aiskrim magnum beb, bukan main ada coklat, ada vanilla, ada kacang, ahhhh! Memang tidak terperi rasa gembira. Walaupun cuma setahun sekali rasa gembira cukup hingga tahun seterusnya.


Cuma semuanya berubah pila Pak Lang datang. Pak Lang sebenarnya cuma anak tiri Atuk. Jadi apa Pak Lang cakap selalunya orang taknak dengar. Pak Lang pernah bagitahu aku, rogol itu salah dan apa yang Abah buat itu salah. Tapi Pak Lang tak berani nak cakap dengan Abah, Pak Ngah, Pak Long Mail atau Pak Su. Pak Lang cuma bisik-bisik ditelinga aku.


Esoknya aku beritahu pada kakak, adik, ibu dan abang apa yang dibisikkan Pak Lang. Tapi sayang, selepas aku beritahu langsung aku dirogol dan dipukul sampai kulai malam itu dikerjakan Abah. Kali ni koyak di faraj semakin membesar dan berdarah.


Aku menjerit kesakitan. Tetapi didiamkan oleh Pak Ngah yang tiba-tiba datang. Kata Pak Ngah lagi sekali kau bagitahu orang rogol itu salah, kau-kau sekali aku tangkap! Tidak cukup dengan tu, tiba-tiba saja makcik kiah belakang rumah, makcik bawang depan rumah, makcik doreamon, makcik tiktok, makcik tudung labuh semua datang rumah cakap 'ha tu lah tak pakai tudung, lepastu kulit gelap, tak pergi sekolah, bodoh, malas, busuk, memang layak lah kena rogol!'


Diam kelu seribu bahasa. Apalah nasib aku. Padahal aku cuma sampaikan apa yang dikatakan Pak Lang. Nasib anak kecil yang berkulit gelap, tak pergi sekolah, bodoh, malas, busuk. Lepas ni, aku janji aku tidak mahu lagi beritahu pada sesiapa aku dirogol. Biarlah Abah mahu rogol aku lagi dan lagi. Bukankah rogol itu mengembirakan daripada dipukul dan diejek seperti ini.


Malam itu sunyi. Aku terlantar di depan kacamata television, terlihat Abah bergelak sakan dan menjerit 'mari kita rogol dan rogol lagi!' Sambil membaling segala jenis aiskrim di depan orang ramai. Kali ni bukan hanya aiskrim cokelat magnum.


Semua jenis aiskrim!

5,761 views
bottom of page