Apa yang berlaku dalam kuliah-kuliah di universiti tempatan kebanyakannya pada hari ini jarang dikritik atau disemak kualitinya. Politik luar dari wilayah universiti yang vicious cycle-nya semakin membarah benar-benar mempengaruhi perkara-perkara yang berlaku dalam dunia akademik. Hal ini membawa kepada keadaan ketelusan dan ketulusan pensyarah selaku ahli akademik yang mendidik dengan ilmu. Tanpa mengira bidang apa, malah bidang sains sosial yang sepatutnya diskusi dan wacana rancak berlaku, menjadi sepi dan mandom tiada perkembangan perbincangan yang tumbuh. Puncanya?
1) Pensyarah yang berpihakan kepada status quo
Sejak zaman dahulu lagi orang-orang yang agak adil dan lebih bijak menyatakan secara aktif mencari idea-idea, pendapat dan nasihat dari mereka yang dianggap secara luas oleh masyarakat sebagai orang-orang bijaksana, pengetahuan dan pandangan untuk menyampaikan keputusan yang bijak dalam hal-hal yang berat – misalnya pensyarah.
Di dalam masyarakat demokratik kontemporari, tradisi tadbir urus yang lama ini telah disusun dan dilembagakan dalam bentuk aktif fungsi organisasi sivik bebas seperti institusi pendidikan peringkat tinggi, institusi pengajian peringkat tinggi, dan panel cendekawan bebas menasihatkan kerajaan mengenai isu-isu dasar tertentu .
Cara pertama di mana kita mengesan barah dalam kuliah adalah mereka yang sering berpihak kepada status quo. Perkara ini benar-benar mengganggu lingkungan perbincangan. Sama ada itu adalah pendirian yang selesa semua orang boleh duduk dalamnya atau terlampau takut kepada perkara-perkara yang tidak mereka ketahui sebelum ini. Percambahan idea sepertinya dilihat sukar untuk naik ke permukaan kerana banyak yang dicantas dan dipangkah dengan kepercayaan yang mungkin kabur atau selapis. Hal ini membawa kepada isi kedua.
2) Pensyarah yang melaungkan homogen, anti-pluralisme
Segala jenis ideologi luar yang kononnya merupakan agenda Barat sering menjadi naratif yang diulang-ulang oleh pensyarah. Pelajar dicampakkan kerisauan mereka untuk mempertahankan identiti homogen dan takut kepada pluralisme yang sudah menjadi wabak dalam fikiran masyarakat kebanyakan. Benih-benih neo-fasisme mula ditabur oleh mereka para ahli akademik antara sedar ataupun tidak. Apa yang dicanangkan biasanya naratif tentang ultranasionalisme, keagungan perkauman, populisme, autoritarianisme, nativisme, xenofobia dan penentangan terhadap imigrasi.
Benda ini bukan baru. Malah tidak wajar untuk dipersalahkan semata-mata dan meletakkan beban kepada kelompok pensyarah dan intelengesia. Perspektif struktural memupuk budaya politik yang memaksa, ideologi ekslusif dan tadbir urus atasan dengan propaganda yang palsu dan menakutkan, pengalaman bersejarah traumatik, keadaan ekonomi yang lemah. Jadi inilah punca besar di mana realiti struktur yang serius ini merosakkan inisiatif dan aktivisme inteligensia. Semuanya dikawal, diperhatikan. Sikap autoritarian ini yang mengekang pemikiran masyarakat kita. Internalised fear of the authorities yang diwarisi dari satu generasi kepada generasi yang lain menjadi banyak antara kita yang kecut perut tidak mahu melawan naratif penindasan dan homegen serta anti-pluralisme.
Apa yang dapat dilakukan, ruang perbincangan dalam ruang akademik tidak perlu terhad kerana ini adalah ruang selamat yang para penuntut ilmu ada bagi mengembangkan perkara-perkara yang taboo dan yang tidak mahu disentuh. Kita risau jika barah dalam kuliah universiti kekal dengan apa sedia ada, sikap humanistik tidak dapat tumbuh segar mekar dalam pemikiran generasi dibawah, melahirkan ekstremisme dan pelampau yang merosakkan masa depan. Itu yang lebih merisaukan.
Comments