1) Mulut disuapi pisang, pantat dikait dengan onak.
Sebelum dapat undi semuanya manis belaka, semuanya boleh. Politikus serba bolehlah katakan. Makan bersama boleh, pergi ke rumah, pasar dan kedai boleh, harung banjir boleh.. Eh, tak habis penggal lagi politikus masing-masing jadi ‘polikatak’ beramai-ramai. Lompat tukar parti, lompat keluar parti, lompat-lompat buat kenyataan untuk tujuan jahat engkau yang berkehendak sangat kekal berkuasa. Khianat pada janji, kata yang takkan dikota. Eh bangang! Engkau tahu tak asal perkataan politik ni apa? Politēs yang bermaksud ‘citizen’. Warganegara tu rakyatlah! Rakyat! Rakyat tau, kepala hangguk!
2) Habis manis sepah dibuang.
Rakyat digunakan sewaktu pilihanraya sahaja kerana kuasa undi. Selepas dapat menghisap undi, ditinggalnya terkontang-kanting. Selepas dapat undi, rakyat dinasihatkan mengikut sahaja dan jangan mempersoal kerana mereka lebih ahli dalam ‘mengurus negara’. Mengurus negara macam negara ni harta nenek moyang engkau orang adalah!
3) Hidung dicium, pipi digigit.
Pura-pura sayang rakyat. Konon-kononnya langkah jahat engkau orang tu untuk pembangunan negara. Untuk rakyat. Engkau sembunyikanlah rancangan jahat atas nama rakyat. Hei! Rakyat tak bodohlah! Kalaupun rancangan engkau orang berjaya, bukan kita tak tahu, yang berbagi-bagi kek dalam lingkungan elit sahaja. Rakyat? Bertanduklah nak merasa!
4) Ada biduk, serempu pula.
Politikus yang tidak puas dengan apa yang sudah diberi pada mereka. Tak cukup dengan kuasa dan pengaruh, sanggup menggunakan jalan keji untuk memuaskan nafsu serakah. Bila berjanji pada rakyat, bulan bintang pun dipetik. Masa diasak tunai janji, kepala otak jadi bengong tiba-tiba.Tak ingat janji, tak ingat amanah, tak ingat langsung patah kata yang diri sendiri luahkan. Lupa pula kan.. Apa payahnya menggoyangkan lidah saja. Boleh jalanlah engkau wahai politikus tamak haloba!
Pesanan untuk rakyak marhean sekalian! Jangan bersandar di batang rengas. Kita tak payah lagi bergantung harap pada politikus tak guna. Mari kita memperdaya diri. Bersuara apabila lihat kesalahan dan kepincangan yang berlaku. Marilah kita menghayati bait-bait puisi Usman Awang:
"Kurang Ajar"
Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu
Sekarang kata ini ku kotakan
Kepada anakku
Kau harus menjadi kurang ajar
Untuk mewarisi malu ayahmu
Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanahnya dengan caranya
Sebelumnya mereka tidak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya
Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki kurang ajar
Commentaires